Kata -Kata Aluan Daripada Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku


Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapat saya berbicara di  ruangan ini. Syabas dan tahniah kepada Web Master laman web sekolah ini dan semua Warga  SMK Bandar Chiku yang terlibat secara langsung atau tidak langsung ke arah mewujudkan budaya IT di sekolah ini.

Sesungguhnya SMK Bandar Chiku sedaya upaya cuba
merealisasikan budaya IT di kalangan Warga sekolah.  SMK Bandar Chiku amat  berbangga kerana dapat mewujudkan  Laman Web sendiri sejajar dengan wawasan negara menuju era globlisasi iaitu dunia tanpa sempadan. 

Kepara para warga netters sekalian, sesungguhnya 
kami mengharapkan Laman Web SMKBC ONLINE
ini memberikan sedikit maklumat berkaitan sekolah
ini dan kami sentiasa menerima teguran daripada anda

Akhirnya, dengan adanya SMKBC Online ini, 
sedikit sebanyak mengubah daya pemikiran 
Warga SMK Bandar Chiku, dan pengunjung SMKBC ONLINE  ke arah lebih memahami budaya IT.

Sekian.Terima Kasih.

Haji Wan Yusoff Wan Othman 
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku.
18300 Gua Musang, 

MENU